nizamaniac
Mari menambah ilmu agama
Home
aktiviti SEMASA
HIBURAN
AL-JAZIERA SEPRI
Multi-purpose Link
Kuliah Agama
SEPRI
kenangan silam
Family
Friends (including forever in time)
Photo Album
My Thanks
kontek
rakyat seperi

kelas agama ni dibuka secara online berpandukan rujukan kitab dan ulama2 mukhtabar...

Saya sampaikan ini supaya dapat kekuatan untuk amalkan

Alhamdulillah, disamping doa2 diatas kita perbanyakkan juga membaca doa2 dari Al-Quran dan doa2 yang diajar Nabi s.a.w, macam-macam jenis doa, setiap masa dan keadaan, jadi hidup kita sehari-hari penuh dengan doa2, sesuai dengan taraf kita sebagai hamba yang sentiasa memerlukan perlindungan dan penjagaannya, Allah swt amat suka jika hamba2nya meminta kepadanya kerana dia adalah Tuhan yang maha pemurah, maha kaya dan maha berkuasa. Jangan mengeluh jika banyak musibah yang menimpa, ini mungkin disebabkan kita tidak mahu berlindung kepada Allah swt dari musibah-musibah itu. Kelebihan berdoa dengan doa2 dari Al-Quran dan Hadis yang mana doa2 tersebut sudah sempurna dan lengkap pada pandangan Allah, selepas itu kita berdoalah pula dari idea-idea doa kita untuk menambahkan hadir hati kita atau pengharapan kepada Allah.

Jika didalam usaha, kita berusahalah dahulu dengan adab dan tertib kemudian doa, selepas itu bertawakkal.
Jika sesuatu itu diluar upaya kita, kita berdoa dan bertawakkal, apabila kita bertawakkal maka Allahlah yang akan menguruskan perkara itu sepenuhnya.

*Doa2 asas yang perlu istiqomah setiap hari seperti:

1. Doa minta ampun dosa dan dosa dua ibu-bapa kita.
2. Doa mohon hindarkan dari bala didunia dan azab diakhirat
3. Doa minta tetapkan iman
4. Doa mohon rezeki yang halal dan baik
5. Doa mohon dipelihara iman dan mati dalam iman
6. Doa mohon hidayah dan petunjuk
8. Doa mohon dijauhkan ganguan syaitan
9 Doa tawakkal(berserah diri)
Selebihnya mengikut keperluan semasa kita.

*Doa2 mengikut keadaan dan situasi
1. Doa makan
2. Doa tidur
3. Doa bercermin
4. Dan lain-lain
5. Doa melawat orang sakit
6. Dan 1001 macam lagi

Untuk mengamalkan doa2 yang banyak, kita mohonlah kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk selalu berdoa, semuga kita dapat amalkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terjemahan dari buku "In The Path of Allah" tulisan Ibrahim Hassan Okhai

Untuk mendapat menafa'at dan kebaikan dalam sesuatu pekerjaan, seseorang itu perlulah benar-benar faham dan menghayati akan maksud dan alasan untuknya melakukan kerja tersebut. Adalah juga satu kenyataan bahawa, seseorang itu tidak akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh dalam segala apa yang dilakukannya sehingga dia benar-benar yakin akan upah atau ganjaran yang akan dia perolehi dari pekerjaannya.

Memandangkan Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) adalah penutup segala nabi-nabi, maka kerja da'wah (mengajak manusia kepada Islam) diperturunkan kepada atau diwarisi oleh setiap seorang dari kalangan umat baginda (sallalaahu alayhi wasalam). Kitab suci Al-Quran bukan saja menjelaskan kebaikan dan ganjaran untuk berjuang di Jalan Allah, bahkan menjelaskan secara terang dan nyata tanggungjawab yang telah diperintahkan Allah kepada umat Nabi (sallalaahu alayhi wasalam).

1. Kejayaan Dunia Akhirat. Kejayaan dunia dan akhirat adalah bergantung kepada kerja amar ma'ruf nahi munkar:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Aali Imran 3:104)

2. Ucapan Paling Baik. Ucapan dan percakapan yang paling baik adalah ucapan dan percakapan para daa'ie (pekerja agama):

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Fussilat 41:33)

3. Maksud Hidup. Maksud hidup Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam)dan pengikut-pengikut baginda (sallalaahu alayhi wasalam) adalah kerja da'wah (amar ma'aruf nahi munkar):

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Yusuf 12:108)"

4. Umat Terbaik. Kita sebenarnya adalah sebaik-baik umat kerana kita diberikan tanggungjawab dengan kerja amar ma'aruf nahi munkar:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)" (Aali Imran 3:110)

5. Jalan Mendekati Allah. Kerja da'wah adalah cara atau jalan untuk mendekatkan diri pada Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." (Al-Maaidah 5:35)

6. Berjuang - Perintah Allah. Perintah Allah kepada umat ini untuk berusaha keras di Jalan Allah:

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (Al-Hajj 22:78)

7. Orang Beriman - Siapa? Seorang yang benar-benar beriman adalah seorang yang berjuang di Jalan Allah dengan harta dan diri:

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." (Al-Hujuraat 49:15)

8. Jalan Yang Lurus. Kerja da'wah adalah Jalan Yang Lurus sebagaimana yang diperintahkan Allah Ta'ala kepada RasulNya:

"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa." (Al-An'aam 6:153)

9. Perniagaan Yang Menguntungkan. Kerja da'wah adalah satu perniagaan yang menguntungkan dengan Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (As-Saff 61:10)

"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (As-Saff 61:11)

"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar." (As-Saff 61:12)

"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." (As-Saff 61:13)

10. Hidayah. Hidayat dari Allah tertakluk dengan kerja da'wah:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-Ankabuut 29:69)

11. Hijrah & Nusrah. Orang-orang yang beriman adalah mereka yang bergerak di jalan Allah dan mereka yang membantu golongan ini:

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

12. Perintah Allah. Adalah menjadi perintah Allah untuk bergerak di jalan Allah pada setiap masa, keadaan dan ketika dengan perbekalan yang ada.

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (At-Taubah 9:41)

bersambung...

 

Enam Pesanan Khusus Untuk Wanita

Rencana oleh ulama muktabar.

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....

WANITA IDAMAN


Catatan/Artikel Menariknuurlin menulis "Wanita yang aku sayangi
Adalah pencipta tuhanNya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang mengusai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya
Berakhir...

WaNita yang aku rindui
Adalah wanita di mata dan di wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya
Sentiasa menbesarkan Allah

Wanita yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Pendudul langit dan bumi

Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar Rahman dan Ar Rahim
Namum aku tidak ada disana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
yang tidak bermatakan benda

Wanita yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri
Yang bakal diahirkan
Untuk menyambung
Perjuangan dibelakang hari

Sesunguhnya
Wanita yang selalu
Berada dalam doaku
Dirimu dan seluruh kaum Hawa....
Jadilah kamu...
WANITA "Mujahidah" yang dimpikan itu..!"

 


 

12 hadis nabi mengenai wanita

Apabila seorg perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1000 kebajikan & menghapuskan drnya 1000 kejahatan.
: Apabila seseorg perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad ke jalan Allah.
: Apabila seorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
: Perempuan apabila solat 5 waktu,puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dr pintu syurga mana yang dikehendakinya.
: Wanita solehah(baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh.
: Aishah berkata "Aku bertanya kepada Rasulllullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?"Jawab Rasullullah,"Suaminya.""Siapa pula berhak terhadap lelaki?" "Ibunya."
: Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,maka jawablah ibumu dahulu.
:Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersamaku(Nabi Muhammad SAW)di dalam syurga.
: Daripada Aishah r.a,barangsiapa diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
: Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10000 tahun)
: Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan-ikan di laut.burung di udara,malaikat di langit,matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
: Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya,darjahnya seumpama org yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan org yg takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke arah tubuhnya.

Sejarah Kemegahan Andalusia
Menghayati seni.... keagungan sejarah...
Gentar rasa jiwa mentafsir erti sebuah seni... betapa al-quran seni yang teragung, kalam Allah yang terindah tiada terbanding dengan seni manusia.... betapa menyelami kisah silam keagungan Islam, kata Hasan al-Basri "Islam sudah tidur, musliminnya sudah mati.." Kias fansuri dalam syairnya berlagu petikan nada seirama... Andalusia, peninggalan kemegahan Islam masa silam.. menghayati seni lagu yang berlegar dalam mega... “ Cahayamu bagai sabitah… Doaku kau sejahtera … Biar warna kubah-kubahmu kian pudar… Untukmu setanggi ini kubakar… Cahayamu sediakala… Aku rindukan zaman kebangkitan… Pabila nurani bersulamkan fikiran… Seganding dan bersatu… Lafaz niatku bertemu… Cahayamu tiada tara… Pohon salamku pada fakir-fakirmu Andalusia… Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu… Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat… Supaya dapat aku tari menongkah arus… Sahutlah Andalusia… Apakah sudah kering lautan darah… Yang tertimbus di bumi Alhambra… Ataupun masih bergelora menanti saat… Melimpah mengikut mata air… Antal hadi antal haqqu… Laisal hadi Ilaahu… “

Begitu hebatnya Islam di Andalusia... saksikan tembok kota Tariq ibn Ziad di Gibraltar. Bekas2 jejakan Umayyah dan Muluk at-Tawaif di Andalusia suatu yang bermakna. Memang, inilah dia bumi yang menyaksikan jatuh bangunnya sebuah agama. 800 tahun bertakhta, sekarang tinggal puing2nya sahaja. Kiranya terlaksanalah kata2 Hasan al-Basri : Islam sudah tidur, dan Musliminnya sudah mati....

Padahal disini suatu waktu dulu terbangun masjid seumpama La Mezquita di Cordova. Padahal La Vega suatu masa dulu adalah pusat pengeluaran makanan terutama di Andalusia. Inilah dia tempat berkembangnya ketamadunan puisi Islam, dengan qasidah-qasidah dan puluhan jenis syair. Bumi inilah yang mengeluarkan manusia-manusia unggul seperti Ibn Arabi, Ibn Zamrah dsbnya. Di manakah anak cucu mereka? Diatas gunung, dilerengan bukit, dan diperut lembah aku menjumpai hanya saki baki tinggalan mereka. Yang ada itupun telah dirogol, ternoda. Masjid hanya tinggal menara, dan mihrab, dan mimbar, dan jejak Sufi hanya tinggal qubbah, dan batu nisan. Dimanakah kuburan mereka? Dimanakah para ulama, para umara, para wuzara yang solih-solih? Kuburan mereka tidak ada lagi untuk aku lawati. Nama hanya tinggal menjadi objek dalam sejarah. Andalusia mengajar aku bahawa manusia sentiasa mencari kesempurnaan. Dalam bangunan yang dibina, dalam seni yang tercipta. Kota yang terbina di atas puncak gunung, dan gerbang-gerbang yang mengagumkan hingga kehari modern ini.

Tapi kekuatan Allah tidak mengizinkan peradaban manusia terhingga keusia dunia yang semakin tua. Cordova umpamanya, jatuh dalam sekelip mata semasa berada dipundak keunggulannya. Medina Az-Zahara terbina dalam jangka waktu 4 tahun. Seperti mana cepatnya ia menjelma, usianya juga tidak lama. 70 tahun, sebelum menjadi mangsa kepada kerakusan dan ketamakan, dan kedengkian manusia-manusia segama. Siapakah yang sempurna? Tidak ada. Fatima al-Muthanna? Sams Umm al-Fuqara? Lubna, Wallada al-Umayya? Atau lelaki-lelaki Andalusia? Atau istana ternama Alhambra? Atau masjiz terkenal La Mezquita? Atau 200 anak tangga ke El Tajo di La Mina? Bekas tangan Mudejar di Real Alcazar Sevilla? Yang sempurna, yang kekal, yang tidak binasa, hanya Allah Ta'ala. Kalau hendak belajar tentang kesan2 dengki dan hasad, datanglah ke Andalusia.

Kalau hendak tahu tentang makna sombong dan gilakan kuasa datanglah ke Andalusia. Kalau hendak faham nikmat Allah Ta'ala juga ziarahlah Andalusia. Kalau hendak tahu erti hidup beragama, dan saling menghormati sesama manusia, pun datanglah ke Andalusia. Jangan setakat datang dan ternganga-nganga menyaksikan tinggalan mereka. Tetapi datang dan belajarlah tentang hakikat kejadian manusia - tidak sempurna.

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 109 yang bermaksud '... dan tidakkah mereka mengembara diatas bumi, dan menyaksikan apakah yang telah terjadi kepada kaum yang terdahulu? Tetapi (tentulah) perhentian di Akhirat adalah terlebih baik pada pandangan orang2 yang berbuat kebajikan. Tidakkah kamu mengerti?'

Inspirasi : Jurnal Fansuri

 

USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH
-----------------------------------------------------------
Bayan Maulana Yusof rahmatullah alaihi.


Ketahuilah bahawa ada satu usaha yang telah dijalankan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda RA dengan tertib yang khas. Apa yang kita kehendaki ialah kita semua perlu mempelajari usaha tersebut.

Alhamdulillah, kini saudara-saudara kita di tempat masing-masing sedang mempelajari usaha tersebut sedikit demi sedikit mengikut beberapa peringkat. Tetapi tiada satu pun peringkat-peringkat tersebut yang telah sampai ke tahap yang akhir, bahkan ada di antara peringkat-peringkat ini yang masih dalam tahap permulaan. Hari ini jika setiap individu pada setiap tempat (daerah) yang menjalankan usaha ini menyangka usaha sendiri sebagai usaha yang asal (yakni usaha Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda) maka tidak ada seorang pun yang akan sampai ke tahap itu. Kini siapa sahaja yang menjalankan usaha ini hendaklah kita faham bahawa usaha kita adalah di dalam peringkat permulaan dan hendaklah kita melanjutkan usaha ini hingga ke peringkat akhir sebagaimana yang telah diusahakan oleh baginda Rasulullah SAW.

Sekiranya kita memahami usaha yang asal tersebut dan kita membandingkan dengan usaha yang telah kita lakukan, maka ia adalah sedikit sekali. Oleh itu kita kenalah berusaha untuk memahami usaha yang asal ini dan berniat untuk melanjutkan usaha kita hingga ke peringkat akhir.

Jadi pertama sekali, hendaklah kita ketahui, apakah faedah usaha ini.

Yang keduanya, hendaklah kita memahami apakah usaha Rasulullah SAW.

Faedah yang diperolehi apabila usaha dijalankan ialah orang berusaha bersama-sama masyarakat akan memperolehi hidayat. Dan manusia akan menjalankan kehidupan mereka dengan berlandaskan agama berkadaran dengan hidayat yang Allah SWT akan beri. Kita kena faham bahawa hidayat daripada Allah boleh diperolehi mengikut peringkat-peringkat usaha yang dilakukan.

Apabila usaha ini terhenti, hidayat akan mula keluar daripada masyarakat Islam. Hidayat mula sekali keluar daripada perniagaan dan muasyara. Hukum-hukum agama akan ditinggalkan di dalam perniagaan dan cara-cara perniagaan selain daripada cara-cara agama akan berlaku. Kemudian hukum-hukum fardhu akan ditinggalkan. Selepas itu berbagai-bagai keburukan akan masuk ke dalam masyarakat Islam sehingga orang-orang Islam mula keluar daripada agama Islam.

Dan apabila usaha agama dilakukan hidayat daripada Allah SWT akan diperolehi. Kemudian hidayat akan tersebar mengikut peringkat-peringkat usaha yang dilakukan.

Pada peringkat pertama, manusia mula mengerjakan sembahyang. Peringkat kedua, manusia dapat mengerjakan puasa, zakat dan haji. Peringkat ketiga, mereka mula mendapatkan dan membelanjakan harta mereka mengikut hukum syariah.

Bila usaha agama meningkat kehadapan, Allah SWT mula memberikan hidayat kepada semua manusia sekadar usaha agama hanya dapat hidup. Hidayat adalah berkadar dengan usaha. Kita selalu mengatakan manusia sudah tidak patuh kepada agama, bahkan mereka telah meninggalkan agama dan menjadi golongan yang menentang agama Islam. Sebabnya ialah usaha ini sudah berhenti. Kini ramai orang telah menjalankan usaha ini dan mengikut tingkat-tingkat usaha agama, agama mula dapat diamalkan. Allah Taala pun mulai memberi hidayat. Berkadar dengan hidayat, agama pun mulai hidup. Tempat yang dulunya tiada orang yang mengerjakan sembahyang kini manusia sudah mula mendirikan sembahyang. Tempat yang mana tiada orang berpuasa dan menunaikan haji, kini manusia sudah mula mengerjakan puasa dan haji. Di tempat yang mana tiada taklim, kini taklim juga dijalankan. Tetapi hidayat masih belum cukup lagi, oleh itu hukum hakam syariat belum lagi dapat dijalankan di dalam sumber-sumber pendapatan. Tidak juga dari segi makanan, keadaan (bentuk) rumah dan pengeluaran wang dengan cara Rasulullah s.a.w. masih belum dapat diamalkan. Sebagai orang-orang islam kita berhajat agar tingkat usaha dapat dinaikkan supaya kehidupan kita dan orang-orang lain juga akan memperolehi hidayat untuk memahami islam.

Kini usaha agama ini terbahagi kepada dua corak:
1. Meningkatkan bilangan orang yang menjalankan usaha ini.
2. Meningkatkan kadar usaha setiap individu.

Kedua-dua corak ini adalah berbeza. Jika beribu-ribu manusia menjalankan usaha ini tetapi secara berdikit-dikit maka hidayat juga akan datang secara berdikit-dikit. Sekiranya orang ramai meningkatkan usaha (penceburan lebih giat) maka dengan izin Allah s.w.t. hidayat bukan sahaja sampai kepada orang-orang islam malah orang-orang bukan islam juga akan dapat hidayat.

Hari ini kita hanya melapangkan sedikit daripada masa kita yang mana tidak memberi kesan atau perubahan kepada urusan duniawi kita. Allah s.w.t. telah mengambil pengorbanan daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda r.a. Usaha ini akan meningkat apabila kita dapat memberikan pengorbanan sebagaimana yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w.

Kini ingin saya sampaikan apakah usaha yang telah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda yang mana kita masih terlalu jauh dari peringkat tersebut. Tetapi jika kita menjalankan usaha ini dengan bermatlamatkan usaha Rasulullah s.a.w. maka Allah akan memberi bantuannya kepada kita untuk sampai ke peringkat itu.

Dengan itu setiap orang yang menjalankan usaha ini mestilah melihat pada peringkat usaha yang tertinggi dan meneruskan usaha mereka dengan niat untuk sampai ke peringkat tersebut. Semua orang telah tahu bahawa agama Islam telah tersebar di seluruh tanah Arab dengan usaha yang dilakukan oleh ahli Madinah.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. kawasan tanah Arab merupakan jajahan yang besar sungguhpun tidaklah sebesar negara India tetapi ia bukanlah satu daerah yang kecil.

Di dunia terdapat berbagai-bagai kaedah untuk memperolehi hasil pendapatan tetapi tiada satu kaedah itu yang terdapat di tanah Arab pada ketika itu. Di seluruh tanah Arab tiada kerajaan dan pejabat-pejabat yang menyediakan peluang pekerjaan untuk mendapatkan rezeki dengan mudah.

Pada zaman itu jemaah haji yang pergi ke Baitullah untuk mengerjakan haji tidak pernah d**enakan apa-apa bayaran bahkan untuk membantu mereka bagi mengerjakan haji, orang-orang Arab mengeluarkan perbelanjaan untuk mereka. Pertanian belum dijalankan dan sistem perniagaan belum wujud kecuali di beberapa kawasan kecil di Mekah Muazimah dan hanya beberapa kawasan sahaja yang ditanami dengan tamar, anggur dan delima. Hanya beberapa kawasan sahaja yang ada perniagaan kecil-kecilan. Kesimpulannya tanah Arab pada ketika itu adalah dalam kekontangan, kelaparan dan kedahagaan.

Tidak semua penduduknya mempunyai pakaian, makanan dan minuman. Dalam keadaan kelaparan mereka telah memakan binatang-binatang liar seperti ular. Sehinggakan darah dijalanan pun dijilat tanpa mengetahui darah apakah itu. Kebanyakan tanah di daerah ini adalah kontang dengan hasil pendapatan dan penuh dengan kelaparan.

Raja-raja kerajaan Parsi dan Rom pun tidak berani untuk menjajah negeri ini kerana untuk membentuk kerajaan memerlukan perbelanjaan yang banyak. Pada masa itu minyak dan emas belum lagi ditemui di situ.

Empayar Qaisar dan Qisra (Empayar Rom dan Parsi) telah meletakkan askar-askar mereka pada sempadan tanah Arab untuk mencegah orang-orang Arab daripada memasuki empayar mereka. Di seluruh tanah Arab belum ada apa-apa kerajaan pun. Tetapi Rasulullah s.a.w. telah menjalankan satu usaha ke atas satu daerah yang mana tiada satu pun kerajaan yang sanggup menjajah, menjalankan urus niaga ataupun mengusahakan pertanian di situ. Semua kabilah kecuali penduduk Madinah Tayebah (yang suci) telah bangun untuk menentang Rasulullah s.a.w.

Penduduk diseluruh tanah Arab terlebih dahulu menanti reaksi penduduk Mekah. Jika penduduk Mekah menerima Islam maka barulah mereka akan menerima Islam. Sehingga akhir hayat Baginda, penduduk Mekah telah menentang Baginda. Dalam keadaan demikian Basti Madinah telah menjadi pusat pergerakan Islam. Mereka yang telah memeluk Islam akan dipanggil untuk datang ke Madinah. Maka Madinah telah menjadi satu pusat perhimpunan orang-orang Islam yang berhijrah meninggalkan keluarga dan bangsa mereka. Mereka berhijrah tanpa membawa harta benda. Penduduk Madinah telah menguruskan makan minum mereka. Dengan ini Madinah telah menjadi satu tempat yang mana orang-orang muhajir dan ansar kelihatan sebagai satu masyarakat. Pihak yang telah berhijrah kehilangan pendapatan dan harta kepunyaan sebahagian daripada mereka telah dirampas oleh suku kaum mereka. Kesimpulannya mereka yang berhijrah telah jatuh miskin.

e-masjid, ulama' mukhtabar...

nizamposing1.jpg

powered by sepri.tripod.com
last updated 5/10/2005